Tasik Beris Vineyard – Ladang Anggur Tasik Beris

Recently I have a chance to visit the Tasik Beris Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris) in Kedah. Actually the visit is just a co-incident. I went to a ‘market’ not too far from that place and some friends said that since we are in that area, why don’t just visit the Beris Lake… then from there I find the Vineyard.

Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

Not just the farm that you can visit if you come here, you can shop for the grapes as well. I try it… it is very sweet and the price I pay at that time is RM15 per packet. They have the fresh grapes and also grape juices drink (it is non alcohol btw, and not a vine)
Ladang Anggur Tasik Beris

From an old news article, it say that this vineyard is belong to a private company name Excel Agrotech Sdn. Bhd.

Here is the news:

Sik bakal jadi pengeluar utama anggur

SIK 7 Mei – Daerah ini akan menjadi antara lokasi utama pengeluaran anggur negara apabila projek penanaman anggur di sekitar kawasan Empangan Beris dekat sini mengeluarkan hasil sepenuhnya tidak lama lagi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tanaman anggur baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, projek perintis fasa pertama dengan 1,000 pokok anggur yang digerakkan Excel Agrotech Sdn. Bhd. kini berjaya membuahkan hasil memberangsangkan di kawasan seluas 1.6 hektar di Kampung Ternas.

“Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan produk tradisional seperti ikan pekasam dan kuih muih. Namun dengan adanya teknologi pertanian baru, kita mahu Sik juga dikenali sebagai pengeluar anggur utama negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat kerja ladang anggur itu baru-baru ini.

Menurut Azizan, beberapa kawasan tanah terbiar di daerah ini juga telah dikenal pasti untuk ditanam dengan anggur.

“Terdapat banyak lagi tanah terbiar di Sik dan kita berharap pihak swasta dan usahawan tani dapat menggerakkan usaha menjadikan Sik sebagai lokasi pengeluaran anggur utama negara tidak lama lagi,” jelasnya.

Tambahnya, kewujudan ladang anggur terbabit dijangka turut memberikan impak positif kepada pengusaha sektor pelancongan pada masa akan datang.

“Apabila wujudnya ladang anggur, para pengusaha sektor pelancongan boleh membina calet atau rumah rehat bagi tujuan menarik kemasukan pelawat dan menikmati suasana serta keindahan alam di Tasik Beris,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Excel Agrotech, Amiruddin Malik berkata, projek tanaman anggur itu dimulakan pada 2007 di pinggir Tasik Beris dengan modal kira-kira RM500,000.

“Selama ini kita menganggap anggur hanya sesuai ditanam di negara yang mempunyai empat musim. Sekarang dengan kemajuan teknologi pertanian, ia boleh ditanam di Sik,” ujarnya.

Katanya, pokok anggur yang ditanam sejak kecil akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 bulan untuk matang dan mengeluarkan hasil.

Ditanya tentang kaedah penanaman, Amiruddin memberitahu, anggur yang ditanam di situ menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

“Sebelum mengambil keputusan menanam anggur di sini, saya telah membuat kajian kesesuaian tanah selain mempelajari teknik-teknik daripada pengusaha di Thailand dan Perlis,” katanya.

Beliau berkata, berikutan kejayaan tersebut, syarikatnya kini sedang mengembangkan penanaman anggur di kawasan seluas 12 hektar dengan 7,000 batang pokok di kawasan Sungai Senam dekat sini.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi di talian 04-4620466 atau faks 04-4620611.

Source: UtusanMalaysia.com.my

The view in that place is very nice… I manage to take some photo to share with here.

If you visit Sik (in Kedah) I recommend you to pay a visit to this place… even you didn’t visit the Vineyard, but the lake itself is very nice.

View of Tasik Beris from the vineyard
Tasik Beris, SIK, Kedah

Some visitor at the vineyard
Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah

Another view of the vineyard. At the back of the farm is actually the lake
Ladang Anggur Tasik Beris, SIK, Kedah

The Grapes
Grapes at ladang Anggur Tasik Beris

Another one
Anggur, Tasik Beris, Sik, Kedah

Some visitor even bring their family and baby
Ladang Anggur Tasik Beris

A young plant
Young grapes plant

Share this nice post:

Social Share Button

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.